Sejak semalam perkongsian usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian apabila meluahkan rasa kecewa berkenaan berita dakwaan skandal zakat melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Menerusi satu hantaran di Instagram, Aliff bertanyakan seandainya kawasan mana dia layak bertanding untuk memperjuangkan nasib rakyat.
BACA: “Patut Orang Miskin Merayu-Rayu Tak Dapat, Kaulah Puncanya” – Aliff Syukri Berang
“Sanggup eh mereka gunakan duit yang sepatutnya disalurkan untuk zakat. Tindakan apakah yang wajar untuk penjahat seperti ini?
“Dan kalau saya diberi peluang untuk bertanding di parlimen, kawasan manakah yang layak untuk saya bertanding?
“Kerusi mana korang nak Papa bertanding untuk memperjuangkan nasihat rakyat,” katanya.
Sementara itu, Aliff turut bertanyakan jika ada yang mahu menawarkan kerusi kepadanya untuk bertanding di Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Tambahnya lagi, dia akan menjaga tingkah laku dan demi kepentingan rakyat disamping meminta pendapat adakah dia sesusai memegang jawatan sebagai Menteri Keusahawanan.
“Korang rasa layak tak papa bertanding PRU akan datang? Papa janji akan behave demi menjaga kepentingan rakyat. Kalau jadi menteri, papa jadi Menteri Keusahawanan okay tak?,” katanya.
Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa rakan artis serta netizen yang menyokongnya untuk menjadi ahli parlimen.





