Adira galakkan anak jadi artis, paling penting utamakan pelajaran

Adira galakkan anak jadi artis, paling penting utamakan pelajaran

Penyanyi Adira Suhaimi menyatakan sokongan penuh terhadap minat anak sulungnya, Anggrek, yang bercita-cita untuk menceburi dunia seni.

Beri sokongan penuh

Screenshot

Memetik laporan mStar, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, menegaskan pendidikan tetap menjadi keutamaan dan tidak mahu anaknya mengabaikan pelajaran walaupun sudah bergelar artis.

“Saya nak jadi mak yang sentiasa sokong apa minat anak, apa dia nak jadi. Tapi macam mana pun pembelajaran itu tetap nombor satu, saya tidak akan biarkan dia abaikan belajar.
“Macam manapun habiskan belajar dulu dan bila sudah boleh buat keputusan sendiri dia nak jadi apa, saya akan sokong sahaja insya-Allah,” kata Adira, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Adira turut memberi petunjuk bahawa Anggrek sudah mula menerima beberapa tawaran untuk bekerjasama dengan artis tempatan, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Doakanlah Anggrek. Kalau saya cakap ada… cepat sangat pula saya bagi tahu kan?
“Insya-Allah ada, doakan yang terbaik untuk Anggrek supaya dia boleh melaluilah fasa-fasa dalam Talk To My Manager ini. Ini baru sahaja permulaan untuk dunia yang sebenar selepas ini,” jelasnya.

Mengulas kemungkinan untuk tampil berduet bersama anaknya, Adira berpendapat Anggrek mempunyai kelebihan tersendiri yang berbeza daripada dirinya.

Menurutnya, bakat tarian yang dimiliki Anggrek membuatkan anak perempuannya itu lebih sesuai digandingkan dengan penyanyi lain yang mempunyai kemampuan sama.

“Mungkin bukan sayalah. Saya sebenarnya belum saya tak boleh buat macam Anggrek buat.
“Saya mungkin ada suara tapi saya tak boleh menari sebagus Anggrek dan saya rasa pasangan nyanyian duet dia orang lain, bukan saya,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Adira sudah temui teman pengganti? – “Terus terang saya katakan, lelaki itu sangat istimewa”

Untuk rekod, Anggrek merupakan anak sulung hasil perkahwinan Adira bersama bekas suaminya, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu.

Sumbr: mStar (Nazrin Zulkafli)

Scroll to Top