“Air Danok Dah Surut Pun Kami Tak Tau”- Terkandas Banjir Di Thailand, Wanita Kongsi Kisah Telefon HONOR Jadi Penyelamat | Trending – Oh! Media

“Air Danok Dah Surut Pun Kami Tak Tau”- Terkandas Banjir Di Thailand, Wanita Kongsi Kisah Telefon HONOR Jadi Penyelamat | Trending – Oh! Media

Fenomena hujan lebat luar biasa yang melanda Thailand, khususnya kawasan Hatyai, telah menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air dalam masa yang singkat sekaligus mencetuskan detik mencemaskan buat ramai pelancong Malaysia.

Selain pekan Hatyai, daerah Chana yang terletak di wilayah Songkla dilaporkan turut dinaiki air dengan cepat sehingga menutup laluan utama, menyebabkan ramai terkandas tanpa sempat membuat apa-apa persediaan. 

Lebih merumitkan keadaan, beberapa lokasi turut berdepan gangguan rangkaian telekomunikasi, menyukarkan pelancong mendapatkan maklumat terkini atau menghubungi keluarga.

Satu Telefon Jadi Penyelamat

Dalam perkongsian di komuniti Facebook HONOR Malaysia Fans Club, seorang wanita Malaysia berkongsi situasi yang dialaminya apabila dia bersama beberapa lagi kenderaan terpaksa berlindung di sebuah stesen minyak di Chana.

Menurutnya, walaupun makanan, air dan elektrik masih ada, mereka langsung tiada akses rangkaian. 

Mesej tak masuk, panggilan tak lepas, dan semua orang hanya bergantung kepada maklumat yang disampaikan penduduk tempatan yang kebetulan lalu.

“Kami di stesen minyak Chana selama dua hari. Langsung tak ada line… Walaupun air di Dannok dah surut, kami tak tahu langsung,” tulisnya.

Di tengah situasi itu, hanya seorang rakan dalam kumpulan itu yang menggunakan HONOR Magic7 Pro masih mendapat sedikit akses data.

Walaupun sambungan sangat perlahan dan tak begitu  stabil, telefon itu menjadi satu-satunya ‘lifeline’ mereka untuk menghantar maklumat dan bertanya mengenai keadaan jalan.

 7830

“Nasib baik ada sorang yang guna HONOR Magic7 Pro. Kadang-kadang boleh dapat sikit data. Kami siap tulis mesej awal-awal, tunggu data masuk barulah hantar.”

Disebabkan sambungan terlalu lemah, mereka perlu menaip mesej siap-siap dan tunggu masa sesuai untuk hantar, tetapi itu pun cukup penting untuk dapatkan gambaran situasi sebenar dan sahkan laluan alternatif.

Berdasarkan maklumat penduduk tempatan, kumpulan ini akhirnya dimaklumkan mengenai laluan bukit yang masih selamat dilalui. 

Dengan panduan itu, lima kenderaan Malaysia termasuk kenderaan yang membawa wanita hamil, warga emas dan kanak-kanak berjaya keluar menuju ke Danok dengan selamat.

Wanita itu sempat berpesan kepada rakyat Malaysia yang ingin ke Hatyai supaya sentiasa pantau cuaca, kenal pasti laluan alternatif, dan pastikan akses komunikasi mencukupi sekiranya berlaku kecemasan

Kredit: Lobak Merah

author avatar

Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Scroll to Top