Seorang wanita berkongsi pengalaman pelik apabila didakwa cuba diperdaya seorang lelaki yang menggunakan alasan penyakit untuk meraih simpati.
Lelaki tersebut mendakwa dirinya menghidap masalah ‘air mani tersumbat tahap 4’ menyebabkan dirinya berada dalam keadaan serius.
Dakwa pengsan, doktor kata ‘dah teruk’

Dalam perbualan tersebut, lelaki itu cuba meyakinkan wanita berkenaan dengan cerita yang agak dramatik seperti pengsan dan dibawa ke klinik.

Kata lelaki itu lagi, doktor mengesahkan keadaannya ‘sudah teruk’ dan perlu buat rawatan. Namun, situasi mula menjadi mencurigakan apabila lelaki itu mendakwa perlu melakukan rawatan secara manual bukannya pembedahan.
Doktor cakap kena keluarkan air tu manual.
Tidak terpancing dengan cerita sedih itu, teman wanita kemudian bertanyakan ChatGPT kemungkinan wujud penyakit seperti itu.
Fakta sebenar: tak wujud ‘stage’ macam tu

Kata ChatGPT, masalah seperti saluran tersumbat atau Azoospermia tidak mempunyai tahap seperti penyakit kanser.
Selain itu, dakwaan keluarkan air mani secara manual juga bukanlah satu bentuk rawatan sebenar.
Sebaliknya, rawatan sebenar bergantung kepada punca seperti pembedahan kecil, antibiotik atau rawatan hormon.
Perkongsian ini secara tidak langsung membuka mata ramai tentang taktik manipulasi yang mungkin digunakan oleh sesetengah individu untuk memuaskan nafsu.
Pssttt! Kalau sesuatu alasan tu kedengaran pelik dan tak logik, besar kemungkinan memang ada yang tak kena. Jangan mudah terpedaya dengan cerita sedih yang tak berasas. Sentiasa semak fakta dan lindungi diri daripada menjadi mangsa.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




