Aksi biadab, wanita menari separuh bogel depan masjid di Lubnan

Aksi biadab, wanita menari separuh bogel depan masjid di Lubnan

BEIRUT – Tindakan melampau seorang wanita yang menari separuh bogel di hadapan sebuah masjid di ibu kota Lubnan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Dia turut tidak mengendahkan teguran beberapa individu malah menyiarkan aksi biadab itu secara langsung di platform TikTok yang kemudiannya tular.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di pintu masuk Masjid Mohammed al-Amin, di pusat bandar Beirut pada akhir minggu lalu.

Wanita itu menutup kepala dan bahagian hadapan tubuhnya dengan bahan berwarna keemasan sebelum melakukan beberapa gerakan tarian.

Lebih mengejutkan, dia turut membuang air kecil di kawasan pintu masuk masjid itu hingga mencetuskan pelbagai reaksi warganet.

Pihak berkuasa dilaporkan bergegas ke lokasi selepas menerima aduan orang awam sebelum menahan wanita berkenaan.

Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti secara rasmi berikutan tiada dokumen pengenalan ditemukan padanya.

Siasatan lanjut telah dijalankan untuk mengenal pasti motif di sebalik tindakan tidak bermoral tersebut yang turut menyinggung perasaan Muslim – Agensi

Scroll to Top