am@hmetro.com.my
Seremban: Suspek lelaki yang disyaki membunuh isterinya pada 15 Oktober lalu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi.
Suspek dibawa menggunakan kenderaan polis sambil diiringi beberapa pegawai dan anggota agensi itu.
Lelaki itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kesalahan membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di sebuah unit kediaman dekat Kuarters KLIA, Nilai.
Kelihatan ahli keluarga mangsa turut berada di luar Mahkamah Majistret untuk mengikuti perkembangan pendakwaan kes berkenaan bagaimanapun waris suspek tidak kelihatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




