Ali XPDC dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung

Ali XPDC dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi Ali XPDC dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana mengalami masalah kesihatan.

Berita sedih ini disampaikan oleh rakan baiknya, Fuad Syahrin kepada Harian Metro.

Fuad berkata, dia yang dikejutkan dengan kiriman gambar keadaan Ali yang sedang menggunakam alat bantuan pernafasan di hospital, segera mendapatkan anak lelakinya, Wan Aliuddin Aqiel atau Aqiel.

“Aqiel maklumkan kepada saya bahawa dia yang bawa bapanya ke hospital Serdang tengahari tadi. Doktor beritahu bapanya kena serangan jantung dan paru-paru berair.

“Bapanya kini ditempatkan di

wad kecemasan dan mendapat pemantauan rapi doktor,” kata Fuad lagi.

Terdahulu Ali pernah dimasukkan ke hospital sama selepas kembali dari mengerjakan ibadah umrah pada hujung Januari lalu kerana mengalami jangkitan virus.

Dia ketika itu turut memakai alat bantuan pernafasan kerana paru-parunya kembali berair.

Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, 58, mengerjakan ibadah umrah di Makkah pada 12 Januari dan kembali ke tanah air pada 24 Januari lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top