
Sean Wang bergambar bersama barisan pemenang AJBC 2023 di Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Ahad. – Foto Bernama
ALLIANZ Malaysia Berhad bersedia meneruskan penganjuran Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) pada tahun akan datang dalam misi mencungkil bakat baharu sukan badminton tanah air dalam kalangan generasi muda.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang berkata, ia selepas melihat penyertaan dalam AJBC yang memberi peluang pemain muda membuktikan kemampuan mereka pada tahun ini semakin meningkat berbanding edisi pertama yang dianjurkan pada tahun lepas.
Beliau berkata, penganjuran kejohanan dengan yuran percuma akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha mencari bakat baru sekali gus memberi peluang pemain muda yang tidak berkemampuan menyertai kejohanan badminton.
“Dari mula kejohanan ini memang untuk mencungkil bakat sebab tu kami anjurkan (dengan) yuran percuma, kita memang mahu cari bakat dari akar umbi. Kita bagi peluang kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai kemampuan sertai kejohanan.



