Amir Raja Lawak Buka Restoran AP Fried Chicken

Amir Raja Lawak Buka Restoran AP Fried Chicken

Pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak meluahkan rasa syukur apabila dapat mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka perniagaan menjual ayam goreng, francais AP Fried Chicken.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…

Menerusi perkongsian di Facebook, Amir berkata kedai makan tersebut di buka di medan selera stadium Kota Bharu, Kelantan dan mula dibuka pada Isnin lalu.

BACA: Solat & Sedekah Subuh Pembuka Rezeki Amir Raja Lawak

“Asalamualaikum, dengan keberkatan penghulu segala haru, saya nak beritahu yang mana saya akan buka kedai di medan selera stadium Kota Bharu, Kelantan, lot kedai yang dekat tangga mengadap Hotel Perdana.

“Bisnes kali ini saya akan jual ayam goreng, francais dari AP Fried Chicken, insya-Allah ada juga fries, burger, nasi dan lain-lain lagi. Mudah-mudahan diberkati Allah, dipermudahkan segala urusan kami dan kita semua. Aamiin,” katanya.

Terdahulu, Amir mengusahakan perniagaan Air Jagung Amerreka secara kecil-kecilan pada tahun 2017  dan turut mempunyai agen serta stokis di beberapa negeri.

Scroll to Top