“Anak Hangpa Ajar La Cara Hangpa, Anak Aku Cara Aku” – Rozita Che Wan | Oh! Artis – Oh! Media

“Anak Hangpa Ajar La Cara Hangpa, Anak Aku Cara Aku” – Rozita Che Wan | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Rozita Che Wan menegur segelintir individu yang sibuk menghakimi kehidupan orang lain.


Selebriti terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta menegur segelintir netizen yang sibuk mengatur kehidupan orang lain.

Dalam satu hantaran di TikTok, Che Ta berkata, lebih baik menjaga rumah tangga sendiri daripada menjaga rumah tangga orang lain seolah-olah diri sempurna.

Che Ta tegur netizen sibuk hal anak orang lain

Selebriti ini memilih untuk mendidik anak-anak dengan caranya sendiri bukannya mengikut kata-kata netizen.

Zaman sekarang ramai sangat dekat media sosial tu depa acah-acah depa no 1, semua benda depa betul. Tegur anak kita, kenapa tak macam ni kenapa tak macam tu.. Weh anak hang pa, hang pa ajar la cara hang pa. Anak aku cara aku.

Che Ta melihat netizen masa kini lebih mudah menjatuhkan hukum dan menilai kehidupan orang lain. Iyalah, netizen melemparkan pandangan macam Che Ta tak pandai jaga anak pula kan?

Pssttt! Itulah lumrah seorang artis kan, apa yang dimuat naik di media sosial mesti jadi perhatian umum.

Kredit: TikTok Rozita Che Wan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top