hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Subang Jaya: Remaja perempuan warga Myanmar dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Tengah Batu 13, Jalan Klang, Puchong di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Rabiah Busuri berusia 16 tahun dilaporkan kali terakhir dilihat berada di rumah pada 10 malam, 8 Jun lalu.
“Remaja perempuan itu berketinggian 150 sentimeter (cm) dan mempunyai berat badan kira-kira 35 kilogram, berkulit putih dengan anak mata berwarna coklat serta berambut panjang.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222/ 03-78627100 untuk membantu mengesannya,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




