LATEST

Anggota polis cedera ketika tahan lelaki warga emas mengamuk

Anggota polis cedera ketika tahan lelaki warga emas mengamuk

am@hmetro.com.my

Baca juga: “Demi Keselesaan Mata-Mata Saksi Ibu” – Syida Melvin Pindah Rumah Baharu Bersama Tiga Anak

Sungai Besar: Seorang anggota polis cedera ketika menjalankan tugas menahan seorang lelaki warga emas yang mengamuk di sebuah rumah di Sungai Panjang, di sini, semalam.

Mangsa berusia 30-an dari Unit Peronda Polis (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.09 tengah hari.

Beliau berkata, anggota MPV berkenaan digerakkan ke lokasi bagi pemeriksaan sebelum mengambil tindakan menahan suspek.

“Bagaimanapun, anggota polis mengalami kecederaan ketika menjalankan tugas.

“Anggota itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Md Yusof berkata, suspek yang juga penganggur berjaya ditahan dan dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan serta penilaian perubatan.

“Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah atau dadah.

“Susulan itu, lelaki warga emas itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news