Anthony Loke Tegaskan Pemegang Lesen Memandu Tamat Lebih 3 Tahun Tak Layak Terima Subsidi RON95 | Trending – Oh! Media

Anthony Loke Tegaskan Pemegang Lesen Memandu Tamat Lebih 3 Tahun Tak Layak Terima Subsidi RON95 | Trending – Oh! Media

Trending

Anthony Loke umum lesen tamat lebih 3 tahun hilang kelayakan subsidi Budi95. 2.4 juta pemegang lesen terkesan.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang tamat lebih 3 tahun tidak layak menikmati subsidi Budi Madani RON95 (Budi95).

Menurut laporan Kosmo, beliau berkata sistem Kementerian Kewangan (MoF) sudah integrasi dengan rekod JPJ, jadi mereka yang lesen tak sah akan disekat secara automatik.

Saya ingin ingatkan orang ramai supaya tidak membiarkan lesen memandu mereka tamat lebih tiga tahun bagi menikmati subsidi bahan api itu.

2.4 juta lesen ‘mati’ lebih 3 tahun

Lesen Memandu

Anthony mendedahkan bahawa 2.4 juta pemegang lesen kini dalam status tidak aktif kerana gagal memperbaharui melebihi tiga tahun.

Mereka bukan sahaja hilang subsidi, malah perlu ambil semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP02 & KPP03) jika mahu hidupkan lesen kembali.

Masih ada harapan untuk untuk terima Budi95

Harga minyak disember 2016png

Untuk yang lewat kurang daripada 3 tahun, masih layak menerima subsidi Budi95.

Setakat ini, ada 925,421 individu dalam kategori itu.

Sejak pengumuman subsidi Budi95, JPJ merekodkan hampir 27 ribu pembaharuan lesen dilakukan melalui MyJPJ, mySikap, kiosk dan kaunter.

Pssttt! Jangan biarkan lesen memandu ‘mati’ lama-lama. Selain hilang subsidi minyak, nak hidupkan semula lesen pun kena ulang ujian. Lebih baik renew awal daripada susah kemudian.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top