APMM kesan nelayan warga asing hilangkan diri selepas bot karam

Kota Kinabalu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan usaha mengesan nelayan asing yang dipercayai telah menghilangkan diri setelah bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Banggi, Kudat pada Khamis.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata Pusat Operasi Maritim Kudat menerima laporan pada jam 11.00 Jumaat berkaitan kejadian dua bot nelayan terkandas di kedudukan sekitar 2 batu nautika tenggara Pulau Sibogor Laut, Pulau Banggi, Kudat.
“Bot peronda Zon Maritim Kudat yang digerak ke lokasi mendapati dua bot nelayan terbabit telah tenggelam namun tiada mangsa dikesan.

Sumber: Astro Awani
Malay News
National Desk

Scroll to Top