MAKKAH: Lebih 4,000 pekerja dikerah bagi melaksanakan kerja pembersihan dan nyah cemar di Masjidil Haram, di sini, dan Masjid Nabawi termasuk dibersihkan sepuluh kali sehari.
Lebih 80,000 liter cecair sanitasi dan 1,600 liter wangian digunakan bagi setiap kali operasi pembersihan dijalankan.
Turut disediakan lebih 500 alat pensanitasi bersensor, sebagai prosedur operasi standard (SOP) kepada jemaah yang akan tiba tidak lama lagi di sini dan Mes
Presidensi Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memaklumkan pihaknya sudah siap siaga menyambut jemaah termasuk mereka yang mahu melakukan umrah pada sepuluh hari terakhir Ramadan.
Menurut laporan agensi Saudi Press Agensi (SPA), kerja pembersihan dan nyah cemar ditingkatkan bertujuan memastikan keselamatan serta perlindungan untuk semua orang.
Pintu tambahan turut dibuka demi memastikan kelancaran laluan keluar masuk yang lebih teratur termasuk menyediakan laluan khusus untuk orang berkeperluan khas bagi memudahkan pergerakan jemaah yang ingin menunaikan umrah.
Selain itu, proses agihan air zam zam juga dilakukan untuk pengunjung di Mataf, iaitu kawasan putih sekitar Kaabah dan halaman Masjidil Haram.
Langkah-langkah berkenaan diambil pihak berkuasa Arab Saudi bagi memenuhi prosedur pencegahan COVID-19.
Selain itu, sebanyak 200,000 botol air diedarkan di Mataf menggunakan kenderaan persendirian. Air juga diedar atau disediakan di laluan pejalan kaki, ruang solat jenazah, ruang solat tingkat satu untuk orang berkeperluan khas, di pintu masuk serta halaman Raja Fahd dan Raja Abdullah.
Lebih 100 pemerhati ditempatkan di pintu Masjidil Haram untuk menyambut jemaah, mengarahkan mereka ke kawasan mahu ditujui, mengatur keluar dan masuk, membimbing ke ruang solat dan membantu pegawai keselamatan.
Air sejuk disemburkan di halaman masjid menerusi 250 kipas untuk mengurangkan suhu panas di ruang jemaah ketika waktu solat. – AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
