Arsenal sambar Fabio Vieira

LONDON – Arsenal melengkapkan pembelian pemain tengah, Fabio Vieira daripada juara Portugal, Porto, dengan kontrak jangka panjang, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Minggu lalu, Porto berkata, mereka telah bersetuju untuk memeterai perjanjian €40 juta (RM185.3 juta) dengan Arsenal untuk perpindahan Vieira.

Porto menambah kelab utara London itu akan membayar €35 juta dengan €5 juta lagi bergantung kepada Vieira untuk mencapai sasaran tertentu yang ditetapkan.

Pemain berusia 22 tahun itu menjaringkan tujuh gol dan membuat 16 bantuan daripada 39 penampilan dalam semua pertandingan musim lalu ketika Porto memenangi liga dan piala berganda.

Dia juga mewakili Portugal di peringkat Bawah 21 tahun, menjaringkan 13 gol dalam 21 penampilan.

“Fabio adalah pemain yang sangat kreatif yang akan membawa kualiti tinggi dan serba boleh kepada permainan menyerang kami,” kata pengurus Mikel Arteta dalam satu kenyataan.

Vieira mengikuti jejak penyerang Brazil, Marquinhos dan penjaga gol Amerika Syarikat, Matt Turner menyertai Arsenal pada musim penutup.

Arsenal menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana musim lalu dan ditewaskan ke tempat terakhir automatik Liga Juara-Juara oleh pesaing utara London, Tottenham Hotspur. – MalaysiaGazette