Asyik ‘post’ tunang kata meluat, saya tak ‘post’ ramai tanya pula -Zarina Anjoulie

Asyik ‘post’ tunang kata meluat, saya tak ‘post’ ramai tanya pula -Zarina Anjoulie

Selebriti sensasi, Zarina Anjoulie kini sedang diulik bahagia apabila baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Datuk Seri Khazrul Elzey atau biasa disapa Abot.

Majlis sarung cincin yang berlangsung ringkas pada hujung bulan lalu telah menarik perhatian ramai memandangkan pasangan tersebut kerap berkongsi video kebersamaan sewaktu membuat persiapan untuk bertunang.

Namun, sejak sah bergelar tunangan, mereka dilihat kurang memuat naik posting bersama dan perkongsian ketika majlis tempoh hari juga tiada di Instagram sehingga membuatkan banyak pihak terutamanya peminat tertanya-tanya.

Menerusi posting terbaru Anju di Instagram, dia telah berkongsi gambar berdua dengan Datuk Seri Khazrul Elzey dengan meninggalkan kapsyen berseloroh kepada peminat.

“Ramai tanya asal Anju tak post pasal tunang…mana dia…ada je, ye la dulu Anju asyik post ramai complaint kata meluat. Bila tak post tanya pulak. Nah saya belanja 1,” tulisnya.

Perkongsian yang dibuat Anju telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Walaupun ada yang musykil sama ada mereka sudah berkahwin atau belum kerana terlihat begitu mesra, namun kebanyakkan daripada peminatnya tetap mendoakan yang terbaik buat Anju serta pasangan.

Mereka juga memuji penampilan pelakon filem Hantu Kuat Ketawa yang semakin cantik dan berseri-seri apabila lebih kurus berbanding sebelum ini.

 

Apa-apa pun, semoga Anju dan tunangnya terus bahagia mengikut cara mereka sendiri. Tak sabar nak tengok mereka naik pelamin!

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie

Scroll to Top