Tidak dinafikan lagi, putus cinta adalah sesuatu yang menyakitkan. Selain dirundung kesedihan, seseorang yang putus cinta juga pasti akan kecewa dan berasa marah sehingga mengalami tekanan perasaan.
Begitulah seperti kisah yang dialami oleh seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Fariz Sukri ini. Menerusi aplikasi TikTok, dia berkongsi kisah duka mengenai cinta lamanya.

Menurutnya, suatu ketika dahulu bekas teman wanitanya beria-ia mahu hubungan mereka menjadi serius ke arah perkahwinan lebih-lebih lagi setelah mengenali semua kelebihan serta kekurangan masing-masing.
Bagaimanapun, segalanya berubah sekelip mata apabila mereka tidak sefahaman lagi sampai di satu tahap, gadis tersebut yang memutuskan hubungan mereka.
@farizzkri Bukan teringat. Cuma parut tetap ada. Sekali orang buang, 10 juta kali aku boleh buang 🤭harap berbahagia 🤲🏼 #fypシ゚#foryoupage #bukanbroken#kental
Cuba untuk melupakan kisah silam yang pahit itu, lelaki itu menguatkan diri membuat keputusan untuk menghapuskan semua kenangan bersama yang diabadikan di dalam sebuah kotak.
Dalam video tersebut, jelas kelihatan Fariz tersenyum penuh kelat dan menuangkan minyak untuk membakar kotak itu sebagai tanda ‘move on’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak tatkala melihat perkongsian berkenaan. Sementara itu, mereka turut memberi kata-kata semangat kepada Fariz untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.






Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Jika dia bukan ditakdirkan untuk kita, buat apa berharap pada yang tidak pasti, betul tak?
Sumber: TikTok Fariz Sukri




