Pelakon Azar Azmi mendedahkan aktres Ozlynn Wati antara individu yang terawal tampil menghulurkan bantuan.
Menerusi satu podcast, Azar berkata dia sempat bercakap dengan Ozlynn mengenai semua kronologi beberapa hari sebelum dia ditahan.
BACA: “Tak Nak Derhaka” – Azar Azmi Ketepikan Karier Hormati Keputusan Mentua
“Masa aku susah, ada seorang kawan baik aku yang tahu cerita aku sepenuhnya. 3 Hari sebelum aku kena ambil. Orang itu adalah Ozlyn Wati. Aku sempat bercakap dengan dia, aku cerita semua kronologi,” katanya.
Sementara itu, Azar berkata Ozlynn turut memberikan sumbangan zakat pada dirinya supaya dia dapat membeli barang keperluan harian anak-anaknya.
“Dia ada bagi sedikit zakat dekat aku yang aku boleh beli pampers anak aku, susu anak aku. Aku dapat bagi anak-anak aku makan ayam goreng sebab anak aku memang suka ayam.
“Aku dapat bagi dia makan ayam goreng. Dia selalu sebut KFC, budak kan. Dialah yang duduk dengar cerita aku sampai dia pun menangis sekali,” katanya.




