Baby Shima ambil gambar dengan anjing, netizen pesan jangan buka ruang fitnah

Baby Shima ambil gambar dengan anjing, netizen pesan jangan buka ruang fitnah

Nama Baby Shima sememangnya tidak pernah lepas dari kontroversi. Ada sahaja isu baru berkaitan dirinya yang menjadi perbualan netizen dan kadang kala asyik berulang-ulang dengan cerita yang sama.

Kali ini, penyanyi berusia 30 tahun telah berkongsi momen sewaktu berada di Filipina. Dia telah memuat naik satu video memegang tali yang mengikat seekor anjing di sana.

Walaupun tidak memegang haiwan tersebut secara terus, namun netizen memaklumkan terlihat air liur anjing keluar dari mulut haiwan itu ketika ia sedang mengalihkan pandangan.

@babyshimaofficial

Siapa kacau kena gigit dengan Baby Sugar!! #babyshima #fyp

♬ Lalai – Baby Shima

Dalam kapsyen yang disertakan, penyanyi itu sempat berseloroh dengan mengatakan sesiapa yang cuba menggangunya akan digigit oleh anjing tersebut.

“Siapa kacau kena gigit dengan Baby Sugar,” tulisnya.

Perkongsian penyanyi lagu Lalai ini nampaknya seperti biasa menerima pelbagai komen daripada netizen yang merasakan tindakannya itu sebagai salah satu cara ‘memancing’ kecaman daripada pengguna media sosial.

Ada juga yang sempat berpesan supaya Baby Shima menyamak pakaian dan juga anggota tubuh yang mungkin secara tidak sengaja terkena air liur ataupun terpegang haiwan itu sendiri memandangkan anjing merupakan salah satu najis berat dalam agama Islam.

 

Sumber: TikTok @babyshimaofficial