“Banyak Artis Wanita Lepas Cerai Tudung Terbang, Selama Ni Pakai Sebab Suami Suruh Ke?” 

“Banyak Artis Wanita Lepas Cerai Tudung Terbang, Selama Ni Pakai Sebab Suami Suruh Ke?” 

Pelakon Isa Khan melihat banyak artis wanita yang kembali membuka tudung selepas melalui episod perceraian.

Menerusi satu perkongsian di Threads, susulan apa yang berlaku Isa turut mempersoalkan adakah mereka ini bertudung kerana memenuhi permintaan bekas suami.

BACA: “Rasulullah Ajar Adab Terhadap Makanan” – Isa Khan Tegur Jojo Label Khunafa ‘Makanan Sampah’

“Banyak artis wanita di Malaysia, lepas bercerai je tudung terbang dan aurat entah ke mana. Maksudnya selama ini pakai tudung sebab suami suruh je ke?” tulisnya.

Sementara itu, Isa turut mengingatkan segala ibadah yang dilakukan ikhlas kerana Allah dan bukan kerana manusia.

“Sebab itu bila kita nak buat satu ibadah, biarlah kerana Allah SWT. Kalau buat kerana manusia, memang takkan kekal,” tulisnya.


Scroll to Top