Baru nikah 10 bulan, suami longlai dapat berita isteri hamil anak sulung meninggal

Tak siapa tahu tentang ajal, jodoh dan juga rezeki seseorang. Siapa sangka, kegembiraan menanti detik bahagia bertukar duka dalam sekelip mata sahaja tanpa ditunda-tunda.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok menggunakan nama akaun @lynn_5905 apabila berkongsi detik sedih keluarga mereka susulan adik tersayang meninggal dunia pada usia 19 tahun.

@lynn_5905

doakan adik sy kembali pulih😭#fypシ #biarnakaltapiberakal✌️✌️ #jarangxpadu #penangmariiiiiii

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Lebih mendukacitakan lagi, wanita tersebut sedang mengandung anak sulungnya dan baru sahaja berumah tangga kira-kira 10 bulan yang lalu.

@lynn_5905

Al-fatihah bt adik ku AZRINA NATASYA BT ZAHIDIN..2001-2021😭😭😭😭#fypシ #biarnakaltapiberakal✌️✌️ #jarangxpadu #penangmariiiiiii

♬ original sound – StoryCinta🌹 – 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚🌹

Dalam perkongsian video di TikToknya lagi, @lynn_5905 sempat memuat naik kondisi suami kepada adiknya yang begitu sedih sehingga terpaksa dipapah berikutan tiada kudrat menerima pemergian isteri disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Pemuda itu dimaklumkan sehari suntuk berdiri bersebelahan wad adiknya dirawat bagi menanti dan melihat keadaan isteri tercinta sehingga hujung nafasnya.

@lynn_5905

syurga tempat mu syg😭😭😭#fypシ #biarnakaltapiberakal✌️✌️ #jarangxpadu #penangmariiiiiii

♬ original sound – Fara Elfda – Fara Elfda

Jadi, @lynn_5905 itu menulis di ruangan TikTok dengan berharap agar adik iparnya kuat menerima dugaan yang cukup berat ini susulan isteri dan anak yang dalam kandungan pergi dalam sekelip mata.

@lynn_5905

tlg doakan suami arwah adik sy kuat tempuh dugaan dan ujian allah😭#fypシ #biarnakaltapiberakal✌️✌️ #jarangxpadu #penangmariiiiiii

♬ original sound – Ajoi Zainal – Ajoi Zainal

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian Azrina Natasha binti Zahidin.

Mereka juga mengakui sebak melihat keadaan seorang suami yang begitu lemah apabila menerima berita isterinya sudah tiada sedangkan mereka baru sahaja berumah tangga.

 

 

Sumber: TikTok @lynn_5905