“Baru sampai, tapi megi dah habis.” -Tak scan MySejantera, ‘influencer’ pasrah disaman

“Baru sampai, tapi megi dah habis.”  -Tak scan MySejantera, ‘influencer’ pasrah disaman

 

Sebelum ini, nama YouTuber, Aisar Khaledd pernah tular ekoran tindakan kurang bijaknya dalam membuat content ‘babi air’ menggunakan ribuan gel penyejuk badan.

Kali ini, Aisar kembali menjadi perbualan apabila videonya memberitahu bahawa disaman Rm1,500 kerana tidak mengimbas kod MySejahtera di sebuah kedai makan pula mendapat perhatian netizen.

Dalam video di aplikasi TikTok itu, dia memberitahu baru sahaja disaman dan turut mengakui kesalahannya bersama dua orang lagi kenalan.

@aisarkhaledd

Kena Saman Tak Scan MySejahtera 😭 dah ingat tadi buat buat lambat haa kena Rush 👮‍♀️ #mysejahtera #fyp #sahur

♬ original sound – aisar_khaledd – aisar_khaledd

Menceritakan momen ‘mendebarkan’ itu, pemuda berusia 21 tahun tersebut memaklumkan dia ke kedai makan untuk bersahur dan tak larat mahu ke kaunter bagi mengimbas kod MySejahtera kerana baru sahaja pulang dari gym.

Selepas diperiksa oleh pihak berkuasa, pelbagai alasan tak masuk akan diberikan dan mereka tetap disaman.

Walau bagaimanapun, mereka pasrah disaman memandangkan tindakan yang dibuat sememangnya kesalahan yang mereka lakukan sendiri.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, netizen telah mulai meninggalkan komen dengan pelbagai maklum balas di aplikasi TikTok Aisar.

Ada juga yang menulis dengan mengatakan RM1,500 buat mereka bukanlah sesuatu yang besar dan pasti dapat dibayar dengan mudah.

 

Sumber: Aisar_Khaledd

Scroll to Top