Paris: Bekas pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny menyertai Al-Jazira secara percuma, kata pihak Liga Pro Emirates pada hari Selasa. Pengumuman itu dibuat semasa Elneny turut serta dalam Sukan Olimpik Paris.
Pemain berusia 32 tahun ini, yang mengambil bahagian dalam Olimpik untuk kali kedua selepas London 2012, meninggalkan Arsenal pada akhir musim lalu setelah berkhidmat selama lapan tahun di kelab Liga Perdana Inggeris terbabit.
“Ini masanya. Elneny Jazrawi,” kata Al-Jazira di X, selepas Mesir mengalahkan Sepanyol 2-1 untuk memastikan tempat pertama dalam Kumpulan C di Sukan Olimpik.
Elneny menyertai Arsenal dari kelab Switzerland Basel pada tahun 2016 dengan yuran sebanyak 5 juta pound ($6 juta) dan membuat 161 penampilan untuk kelab London tersebut, memenangi Piala FA pada tahun 2017.
© New Straits Times Press (M) Bhd




