Ben Ladin Jawab Dakwaan Hidap Kanser | Oh! Artis – Oh! Media

Ben Ladin Jawab Dakwaan Hidap Kanser | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Ben Ladin sah hidap alopecia areata kritikal yang menyebabkan rambut gugur. Penyanyi itu menafikan dakwaan dirinya menghidap kanser.

Ben Ladin akhirnya tampil menjelaskan sebab sebenar dia tampil dengan imej botak sehingga mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Ramai sebelum ini menyangka penyanyi berusia 25 tahun itu sedang bertarung dengan penyakit kanser.

Bagaimanapun, Ben menjelaskan keadaan sebenar selepas menjalani pemeriksaan doktor yang mengesahkan dia menghidap alopecia areata kritikal, iaitu penyakit yang menyebabkan keguguran rambut.

Ben Ladin sah hidap alopecia areata

Kredit Foto Ben Ladin

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan berkata doktor memaklumkan penyakit yang dihidapinya kini berada pada tahap kritikal dan memerlukan perhatian.

Saya baru sahaja selesai menjalani pemeriksaan hari ini (Rabu). Doktor memaklumkan tentang penyakit saya yang berada pada tahap kritikal. Keadaan ini juga membimbangkan dan boleh membawa kepada kanser.

Sebenarnya, ia adalah masalah rambut gugur, hormon dan sistem imun badan yang tidak stabil.- Katanya.

Stres antara faktor pencetus

Ben Ladin

Menurut Ben, tekanan merupakan antara faktor yang boleh mencetuskan masalah tersebut. Dia juga sudah lebih tiga tahun mendapatkan rawatan, namun masih belum menemui penyelesaian yang benar-benar berkesan.

Doktor beritahu saya tak boleh tertekan. Stres antara perkara yang boleh trigger masalah saya ini. Rasanya sudah lebih tiga tahun saya mendapatkan rawatan berkaitan masalah rambut gugur.

Ada juga yang hanya mengambil kesempatan untuk menjual produk. Kali ini saya betul-betul mendapatkan rawatan dengan melakukan ujian darah.- Jelasnya.

Kredit Foto Ben Ladin

Ben berkata dia kini sedang menunggu keputusan ujian darah yang dilakukan pada Rabu sebelum doktor menentukan rawatan yang paling sesuai.

Sebelum ini, video memaparkan rambutnya dicukur oleh isterinya, Anna Syida, menjadi perhatian ramai. Video itu turut mencetuskan salah faham apabila ada yang mendakwa Ben menghidap kanser tahap tiga.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top