Benzema sah tinggalkan Madrid

Benzema sah tinggalkan Madrid

Madrid: Penyerang Real Madrid Karim Benzema mencapai persetujuan untuk menamatkan karier gemilangnya di kelab berkenaan, menurut gergasi Sepanyol itu hari ini.

Penyerang berusia 35 tahun terbabit dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Arab Saudi minggu ini.

“Real Madrid dan kapten kami Karim Benzema bersetuju menamatkan era kegemilangannya yang tidak dapat dilupakan sebagai pemain di kelab ini,” umum Los Blancos dalam kenyataannya.

“Madrid berterima kasih dan menyanjungi kepada pemain yang menjadi salah seorang legenda kami.”

Pengumuman itu hadir selepas jurulatih Madrid Carlo Ancelotti berkata semalam tiada keraguan lagi mengenai masa depan Benzema di Madrid ketika penyerang itu berbaki setahun lagi kontraknya.

Benzema sendiri berkata ‘tidak semua yang anda baca di Internet adalah realiti’ selepas spekulasi mengaitkannya dengan perpindahan berpotensi ke Arab Saudi, di mana bekas rakan sepasukan di Real Madrid, Cristiano Ronaldo beraksi dengan Al Nassr.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top