Bersungguh tanya Fauzi Nawawi isu ‘babak panas’, Shuk Sahar dikecam lagi

Tak hanya pelakon terkenal, Fauzi Nawawi, salah seorang pengacara talkshow Rumah 107, Shuk Sahar turut menerima tempias yang sama apabila dikatakan menjadi ‘punca’ pelakon itu menceitakan salah babak rogol yang dilakonkannya dalam filem sehingga melibatkan salah seorang pelakon wanita.

Menerusi ruangan Twitter, nama Shuk trending lagi selepas isu tersebut menjadi perhatian ramai. Rata-rata meninggalkan kecaman kepada pelawak berkenaan kerana bertanya soalan agak sensitif ketika rakaman program berkenaan.

Ramai yang mulai mempertikaikan kehadiran Shuk lagi di kaca televisyen selepas satu persatu kontroversi yang dilakukan sejak kebelakangan ini.

Hal ini susulan tindakan Shuk yang dilihat begitu bersungguh-sugguh mahu mengetahui cerita tersebut daripada aktor berkenaan dan menyambut perbualan itu dengan gelak ketawa.

 

 

 

 

Menjengah ke Instagram pelawak tersebut, Shuk dilihat menutup ruangan komen daripada ‘diserang’ netizen yang nyata tidak berpuas hati melihat kelakuannya di televisyen.

Terdahulu, video sedutan temu bual menerusi program Rumah 107 yang dihoskan Khir Rahman dengan Shuk menampilkan Fauzi Nawawi bersama dua tetamu undangan lain, Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy berkongsi tentang pengalaman watak jahat lakonan masing-masing.

Dalam video yang mengundang kecaman ramai itu, Fauzi berkongsi secara terperinci tentang pembikinan babak rogol melibatkan Raja Farah dalam filem Anak Halal arahan Osman Ali terbitan 2007.

Sumber: Twitter Shuk Sahar