“Biasalah, mana-mana hubungan pasti ada pasang surut”- Kekasih Shila Amzah

“Biasalah, mana-mana hubungan pasti ada pasang surut”- Kekasih Shila Amzah

Influencer Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli meminta kepada orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik mengenai hubungannya bersama penyanyi popular, Shila Amzah yang dikatakan sudah berpisah.

Menurut laporan Gempak, influencer yang berusia 25 tahun tiu enggan untuk menjelaskan perkara tersebut dengan lebih mendalam memandangkan dia sudah cukup memahami pasang surut alam percintaan.

“Apa yang ditulis dalam Instagram itu, biasalah. Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Doalah yang baik-baik.
“Biasalah hubungan, mana-mana hubungan tidak kira sama ada kekasih ke, keluarga atau sebagainya ada pasang surutnya. Mungkin sekarang masanya adalah surut, lepas itu nanti mana tahu dah kembali okay? Doakan sahaja yang baik-baik,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Ubai menolak dakwaan hantaran yang dimuat naik oleh Shila di laman Instagramnya satu gimik untuk mengeluarkan lagu baharu.

Jelasnya, Shila tidak ada menulis apa-apa lagu sepanjang perkenalan mereka dan dia tidak dapat untuk menutu mulut netizen dariada terus membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.

“Nak buat lagu itu tak adalah sebab sepanjang saya dengan dia tak ada lagi dia tulis lagu.
“Berkenaan pertukaran status, netizen boleh berkata apa sahaja, saya anggap itu perkara biasa sebab kita tak boleh nak tutup mulut semua orang.
“Lebih molek sekiranya kita bercakap benda yang baik daripada mendoakan perkara yang tidak baik. Itulah yang boleh saya komen, setakat ini,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial Shila Amzah meluahkan perasaannya berkaitan hubungannya bersama Ubai yang terjalin selama lima bulan telah mencetuskan tanda tanya ramai.

Mana tidaknya, ramai yang menyangka hubungan percintaan antara mereka sudah berakhir apabila Shila menzahirkan ucapan terima kasih untuk semua memori bersama kekasihnya itu.

Sumbr: Gempak (Mya Amri)