The Melvins tak nak tiket Coldplay, mahu pergi ceramah agama saja

The Melvins tak nak tiket Coldplay, mahu pergi ceramah agama saja

Celoteh adik-beradik The Melvins sekali lagi mencuri tumpuan selepas ditanya berhubung kedatangan kumpulan rock popular Britain, Coldplay ke Kuala Lumpur pada November depan.

Menerusi satu video di aplikasi TikTok, adik-beradik tersebut iaitu Syafiqa, Syatilla, Syifa dan Syida menjawab tentang tiket konsert selepas orang ramai kecewa apabila tidak berjaya membelinya secara dalam talian.

@hmmtakkenal

haa dengaq tu ampa, toksah dok tanya lgi 😂 #themelvins #syatillamelvin #syidamelvin #syafiqamelvin

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

Syatilla yang juga pelakon berkata, mereka tidak mempunyai tiket konsert berkenaan namun berminat sekiranya berpeluang untuk menghadiri ceramah agama oleh golongan pendakwah.

“Kalau ada tiket-tiket Ustaz Wadi ka, Ustaz Abdullah Khairi ka, habaq (beritahu). Kalau Coldplay kah, hotplay kah, jangan tanya kami.
“Hari tu sebelum depa (Coldplay) buat keputusan nak adakan konsert dekat Malaysia.. depa tanya kami dulu, boleh ka nak mai buat (datang).. kami kata suka hati hampa la (nak buat konsert).
“Kita ni tanyalah surau-surau dekat sini kalau nak pakai padang ka dewan ka apa ka, tapi tak boleh open house full (penuh dengan rumah terbuka),” kata Syatilla dan Syida.

Meninjau di ruangan komen, ramai mengakui gelagat spontan adik-beradik tersebut berjaya mencuit hati mereka yang disifatkan sangat menghiburkan.

Malah, tidak kurang ada juga segelintir individu memuji The Melvins kerana seolah-olah memerli pihak tertentu yang bersungguh mahu hadir ke konsert terbabit.

Sumber: TikTok @hmmtakkenal