“Bila Dah Sampai Masa, Tiada Siapa Akan Tolong Awak” – Marissa Dania Saman Pemfitnah?

“Bila Dah Sampai Masa, Tiada Siapa Akan Tolong Awak” – Marissa Dania Saman Pemfitnah?

Anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim didakwa telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfinah yang menabur cerita tidak benar mengenai dirinya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Marissa seolah memberi bayangan didakwa surat saman serta tangkap layar yang dihantar oleh seorang pengikutnya di laman TikTok.

BACA: Abby Abadi Dedah Marissa Dania Mahu Diselamatkan

“Bila dah sampai masa, tiada siapa yang akan dapat bantu awak. Tiada seorang pun,” tulisnya.

Sebelum ini, individu tersebut membuat kenyataan tidak berasas mendakwa Marissa menipu mengenai kehamilannya.

“Sengetkan badan pun peminat kata mengandung. Delusional sangat,” tulis individu itu.

Marissa Dania mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Aslam pada Disember 2023 di Selatan Thailand.


Scroll to Top