Bukan lagi remaja, Asad Motawh tayang ‘six-pack’ di hari jadi yang ke-20

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Bagi anak-anak muda masa kini, pastinya mengenali sosok penyanyi remaja yang juga seorang influencer media sosial, Asad Motawh.

Single bertajuk Senyum yang  dinyanyikan beberapa tahun lepas pernah melonjakkan namanya sehingga dikenali ramai peminat.

Pada 3 September 2021, genap 20 tahun usia penyanyi remaja tersebut. Kini Asad telah tampil berbeza dengan ‘menghadiahkan’ gambar terbarunya dengan menayang six-pack yang pastinya membuatkan peminat terutamanya para gadis ‘histeria’.

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lelaki itu dengan ringkas mengucapkan selamat hari lahir buat dirinya dan menyertakan sekali akaun Instagram jurugambar yang menyunting gambar terbarunya.

“Happy birthday dear self…” tulisnya ringkas.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan selamat hari lahir untuk Asad.

Mereka juga memuji penampilan penyanyi itu yang terlihat lebih dewasa dengan sosok tubuh menarik yang pastinya membuatkan para gadis tersenyum.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram Asad Motawh