Cantiknya Daiyan Trisha bertudung – Utusan Digital

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR : Memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan dirinya berpenampilan manis bertudung, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha, 28, dihujani dengan ucapan tahniah dan pujian di media sosial.

Dipuji kelihatan cantik dan menawan menerusi penampilan itu, Daiyan bagaimanapun menafikan itu merupakan imej terkininya.

“Sebelum sesiapa tersalah faham, foto-foto ini diambil semasa menjalani sebuah sesi fotografi.

“Saya masih belum berhijrah tetapi terima kasih atas doa-doa,”katanya dalam satu komen yang ditinggalkan di Instagram menerusi perkongsian gambar-gambar tersebut hari ini.

Sebelum itu, Daiyan menerusi ruangan komen dilihat menerima ucapan dan doa yang baik-baik daripada rakan artis dan selebriti yang mengikutinya di Instagram.

Antaranya termasuk Wany Hasrita, Nadia Brian, Mira Filzah, Daler Yusuf, Sharifah Amani, Betty Rahmat, Azira Shafinaz, Yaya Zahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, penyanyi yang baru sahaja melancarkan single baru berjudul Penat ini bagaimanapun tidak memberi komen lanjut mengenai perkara ini setakat ini.