Caprice minta wanita tak lagi dibantu Ebit Lew usaha sendiri, belajar dari Mondy Tatto

Caprice minta wanita tak lagi dibantu Ebit Lew usaha sendiri, belajar dari Mondy Tatto

Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang individu dikenali sebagai Nur Dalisyah Dalisyah didakwa mengeluh apabila kecewa Ebit Lew memungkiri janji membantu keluarganya.

Menurutnya, sewa rumah, bil air dan elektrik tidak lagi dibayar oleh Ebit Lew sehingga dia dan keluarga dihalau keluar dari rumah sewa.

Susulan daripada aduan tersebut, selebriti kontroversi, Caprice telah membuat video dengan memberi pandangannya supaya individu berkenaan belajar daripada seorang influencer Indonesia dikenali sebagai Mondy Tatto.

Menurutnya, Mondy yang pernah dibantu Ebit Lew telah pulang ke kampung halamannya di Indonesia dan mula membuka perniagaan. 

Walaupun Caprice mengatakan Mondy membuka kedai tatu, namun menerusi carian di YouTube, influencer itu menyatakan yang dia kini berniaga makanan.

Apa-Apa pun, Caprice berharap mereka yang hanya mengharapkan ihsan dan bantuan daripada orang lain mulai keluar bekerja serta menggunakan kudrat sendiri untuk mencari rezeki.

Nasihat yang diberikan oleh pemilik nama sebenar, Ariz Ramli itu telah mendapat sokongan ramai dan rata-rata berpuas hati kerana selebriti berkenaan berani ‘menyekolahkan’ kedua-dua pihak sekali gus.

 

 

Sumber: Instagram caprice

Scroll to Top