Clarke gembira Scotland atasi Ukraine

Clarke gembira Scotland atasi Ukraine

Pemain Scotland, Ryan Christie (tengah) mengawal kemas bola melepasi kawalan pemain Ukraine, Oleksandr Pikhalonok, pada aksi Liga Negara-Negara UEFA pada Khamis. – Foto EPA

KEMENANGAN 3-0 ketika berdepan Ukraine pada aksi Liga Negara-Negara UEFA pada Khamis, nyata menggembirakan pengendali Scotland, Steve Clarke.

Menurut Clarke, kemenangan berkenaan terhasil daripada kerja keras daripada setiap pemain selain mematuhi percaturan taktikal yang telah diatur.

“Saya telah katakan berulang kali bahawa segala latihan yang dilalui pemain adalah sangat mustahak bagi menjamin kejayaan.

“Pada perlawanan ini, kita menjaringkan dua gol menerusi sepakan sudut Ini bermakna Austin (MacPhee) benar-benar telah melakukan ‘kerja’ yang diamanahkan kepadanya.

“Selain itu dua pemain gantian, Lyndon Dykes dan Ryan Fraser, turut mempamerkan aksi terbaik,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Scotland membuka jairngan menerusi John McGinn pada minit ke-70 sebelum pemain gantian, Lydon Dykes meledak dua gol pada minit ke-80 dan min-87 bagi mengesahkan kemenangan.

Kemenangan itu menyaksikan Scotland teurs berada di puncak Kumpulan B dengan meraih sembilan mata hasil tiga kemenangan dan tewas sekali daripada empat perlawanan yang diharungi.

Sementara itu Clarke berkata, segala kredit untuk kejayaan malam ini wajar diberikan kepada pemain dan bukan kepada dirinya.

“Bagi saya, segala kredit wajar diberikan kepada pemain-pemain yang beraksi, saya hanya mencatur strategi untuk mereka.

“Apa pun kemenangan ini diharap memberikan sedikit suntikan semangat menjelang aksi berdepan Irelad, Ahad ini,” katanya.