“Dah 2 Tahun Saya Biarkan…Saya Biarkan Pihak Lelaki Buat Apa Saja…”

“Dah 2 Tahun Saya Biarkan…Saya Biarkan Pihak Lelaki Buat Apa Saja…”

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkata sudah dua tahun dia membiarkan cerita mengenai anaknya, Marissa Dania Hakim berlalu dan merasai sendiri jalan yang dipilih.

Menerusi perkongsian di Threads, Abby berkata memuat naik kisah peribadi membabitkan anak kerana mahu selamatkan Marissa dari hubungan toksik.

BACA:

“Saya update nak selamatkan anak saya dari hubungan toksik (antara dia dengan pihak lelaki) tu hal baru.

“2 tahun berlalu..pada saya cukup lama untuk membiarkan anak saya terus  berada dalam hubungan yang menyusahkan diri dia dan membuatkan dia memendam rasa,” katanya.

Sementara itu, Abby berkata dia tidak mengaitkan orang lain dalam perkongsiannya itu serta anaknya hanya ada dirinya sahaja.

“Berkongsi bukan untuk dikeji, tapi untuk minta doa. Doakan supaya keadaan ini terlerai dan dihentikan segala caci maki,” katanya.


Scroll to Top