Dikesempatan itu, pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar menafikan dirinya terkena ‘love scam’ seperti yang dibualkan ramai.
“Kepala otak mereka yang ada elemen scam. Hati tak baik, boleh ‘blah’,” katanya.
Disoal mengenai gambar majlis pertunangannya, Azri memohon maaf kerana tidak boleh berkongsi bagi menghormati permintaan keluarga Azra. Tambah bapa kepada lima orang cahaya mata, dia hanya akan berkongsi gambar setelah mereka berkahwin nanti.
“Maaf, Ara (Azra) dan keluarga tak izinkan. Tunggu kami kahwin saja,” katanya.
Sekadar info, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama dan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.
Pun begitu, Azri turut mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27 menerusi perkahwinan pertamanya.
Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)