Degil enggan berpindah, bayi lemas terjatuh dalam banjir ketika ibu tidur

Degil enggan berpindah, bayi lemas terjatuh dalam banjir ketika ibu tidur

Kedegilan ibu bapa enggan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menjadi punca bayi lemas terjatuh dalam banjir.

Memetik laporan dari Harian Metro, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat, Tumpat, Khamis lalu.

Difahamkan, ibu mangsa yang berusia 41 tahun mendapati anaknya tiada ada disisi selepas tersedar daripada tidur sekitar jam 10.30 malam.

Bayi lemas terjatuh dalam banjir ketika ibu tidur

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, ibu bayi berkenaan telah mencari anaknya di bilik namun tiada sebelum melihat anaknya dalam keadaan terapung dalam air banjir di tingkat bawah rumah mereka.

Disebabkan itu, dia telah meminta jiran membawa keluar anaknya menggunakan perahu ke hospital berhampiran sebelum disahkan telah meninggal dunia.

“Rumah mangsa adalah dua tingkat dan sebaik air sudah memasuki kawasan dalam rumah, keluarga berkenaan tidak berpindah sebaliknya hanya berlindung di tingkat atas.
“Ini yang saya tekankan supaya terus berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mengelak kejadian buruk berlaku.
“Disebabkan kedegilan ibu bapa, bayi berusia setahun jadi mangsa. Kematian bayi ini adalah mangsa banjir ketiga di Kelantan selepas di Pasir Puteh dan Machang,” katanya.

bayi lemas terjatuh

Artikel lain: Pengasas giat selamatkan barang2, kedai makan tampung madrasah dirempuh kepala air

Bayi lemas terjatuh ke banjir punca kedegilan ibu bapa

Susulan daripada itu, Mohd Yusoff  menasihatkan orang ramai agar terus berpindah sekiranya air mula naik di halaman rumah dan jangan menunggu ketika air sudah di tahap bahaya.

Setakat ini, bilangan mangsa banjir di sembilan negeri kini hampir mencecah 120,000 orang membabitkan 35,984 keluarga setakat pagi ini.

Kesemua mangsa banjir telah ditempatkan di 696 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara dengan negeri Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi mangsa.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Scroll to Top