”Dia Je Pernah Nampak Apa Orang Taktahu”, Rupanya Bella Astillah Janggal Sebut Nama Sophia Sebab Trauma | Trending – Oh! Media

”Dia Je Pernah Nampak Apa Orang Taktahu”, Rupanya Bella Astillah Janggal Sebut Nama Sophia Sebab Trauma | Trending – Oh! Media

Insiden ‘janggal’ di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) antara Bella Astillah dan pelakon Sophia Albarakbah akhirnya terjawab selepas pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq tampil membuka mulut di Instagram Story.

Menurut Niel, reaksi gugup dan tidak selesa Bella bukanlah lakonan atau niat mahu menunjukkan rasa tidak suka, tapi ianya berpunca daripada trauma lama yang masih menghantui dirinya.

Dia gigil sebab dia trauma. Kawan yang terdekat je tahu apa dia ni buat kat hidup Bella dulu..

Bella Astillah tidak mahu buka aib

Bella Astillah

Niel turut menegaskan bahawa Bella bukan seorang yang gemar membuka aib orang, dan lebih memilih untuk menyimpan kesakitan itu demi menjaga maruah semua pihak.

Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar.

Niel juga seakan menyindir individu tertentu yang kononnya berlagak innocent, walhal menjadi punca luka seseorang di masa lalu.

Jangan buat innocent.

Netizen minta hormati perasaan Bella

Ramai netizen tampil memberikan sokongan kepada Bella dan menyarankan agar orang ramai tidak cepat menghukum hanya berdasarkan reaksi di pentas, kerana tiada siapa tahu beban emosi yang ditanggung seseorang.

Pssttt! Kadang-kadang diam itu bukan tanda lemah, tapi pilihan untuk terus kuat. Hormatilah emosi dan luka orang lain, kerana setiap senyuman belum tentu bebas dari tangisan silam.

Kredit: Instagram Story
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top