Pempengaruh popular, Kasih Iris Leona menegur tindakan seorang pengguna media sosial yang menggunakan akaun palsu untuk meninggalkan komen lucah pada hantaran video miliknya.
Menerusi perkongsian di TikTok, Leona berkata, sebelum ini dia malas mengambil peduli terhadap komen yang ditinggalkan netizen, namun kata-kata berbaur lucah yang diberikan pemilik akaun terbabit sedikit sebanyak menganggunya.
“Sebelum ini saya malas mahu membaca komen tapi ada seorang lelaki ni meninggalkan komen lucah keada saya.
“Dan, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah dia tak pernah tengok payudara orang sepanjang hidup dia ke?,” katanya.
Mengulas lanjut, anak kepada pelakon senior Azhar Sulaiman itu mendedahkan, dia kini sudah mengetahui identiti sebenar individu terbabit.
Malah, dia turut meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut yang sanggup menyamar menjadi dirinya.




