Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh meraih perhatian selepas lagu baharunya berjudul Nirmala sudah mula diperdengarkan pada Jumaat.
Lagu yang dicipta berdasarkan kesinambungan single popularnya berjudul ‘Rahsia Tuhan’ itu didedikasikan buat arwah anaknya yang meninggal didalam kandungan pada September tahun lalu.

Membedah bait lirik lagu yang terkandung luahan perasaan penyanyi itu sekaligus menerima respons positif dalam kalangan peminatnya.
Bahkan, ramai yang meluahkan rasa sebak dan menganggap karya Noh kali ini sebagai ‘masterpiece’.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, walaupun muzik video rasmi Nirmala masih belum ditayangkan, namun lagu tersebut telahpun didengar oleh lebih 12,000 peminat dari Malaysia dan Indonesia sejak ia dimuat naik 21 jam lalu menerusi laman Youtube rasmi Noh.




