Didi Astillah Cedera Sebab Jatuh Tangga, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Undang Kebimbangan | Oh! Artis – Oh! Media

Didi Astillah Cedera Sebab Jatuh Tangga, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Undang Kebimbangan | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Didi Astillah cedera selepas jatuh tangga.


Penyanyi muda, Didi Astillah dilaporkan mengalami kecederaan di kepala selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil apabila terjatuh dari tangga.

Menurut laporan mStar, perkhabaran mengejutkan ini dikongsikan sendiri oleh ibunya, Eina Astillah menerusi beberapa hantaran di Instagram Story.

Menerusi gambar yang dimuat naik, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah dilihat terbaring di unit kecemasan sebuah pusat perubatan.

Luka di dahi Didi Astillah undang rasa cemas

Didi Astillah
Kredit Foto Instagram Eina Astillah

Apa yang lebih merisaukan, bahagian dahi sebelah kanan Didi dilihat mengalami luka agak serius dan berlumuran darah, sekali gus membuatkan ramai peminat terkejut dengan keadaan tersebut.

Dalam masa sama, ibunya turut menitipkan doa agar keadaan anaknya kembali stabil.

Semoga baik-baik sahaja.

Rakan turut kongsi perkembangan

Didi

Berita mengenai insiden itu turut dikongsikan oleh rakan Didi di Threads, memaklumkan kejadian berlaku pada malam sebelumnya.

Didi Astillah kemalangan jatuh tangga malam tadi. Semoga Didi cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala. Insya-Allah.

Sehingga kini, tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai tahap kesihatan adik kepada Bella Astillah itu.

Ramai peminat terus mendoakan agar Didi segera pulih seperti biasa.

Pssttt! Keselamatan diri jangan dipandang ringan walau di rumah. Sentiasa berhati-hati untuk elak kejadian tidak diingini.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top