Dihina Bekas Tunang, Pelakon Muntazar Ghufran Dedah Ada Simpanan ASB Dan Emas | Oh! Artis – Oh! Media

Dihina Bekas Tunang, Pelakon Muntazar Ghufran Dedah Ada Simpanan ASB Dan Emas | Oh! Artis – Oh! Media

Pelakon Muntazar Ghufran tampil mempertahankan diri selepas bekas tunang, Saidah Kamarudin mendedahkan wang punca sebenar mereka tak jadi kahwin.

BACA: Bekas Tunang Hina Pelakon Hanya Ada RM500 Dalam Bank, Rakan-Rakan Tampil Back Up!

Namun, Muntazar berkata, dia sebenarnya mempunyai simpanan dalam bentuk pelaburan seperti Amanah Saham Berhad (ASB) dan emas.

Dalam temubual bersama mStar, Muntazar menegaskan selama ini dia bekerja keras mendapatkan duit buat dirinya, keluarga dan Saidah.

Selagi belum berkahwin, Muntazar perlu mengutamakan keluarga berbanding bekas tunang.

Muntazar dedah perangai sebenar bekas tunang

Muntazar Ghufran

Jelasnya lagi, dia mempunyai komitmen tinggi yang perlu dilunaskan setiap bulan seperti pembayaran kereta, bil elektrik dan air, duit perbelanjaan ibu bapa dan sebagainya.

Jadi baginya, tanggapan Saidah dia tidak berduit kerana mempunyai baki RM500 adalah tidak wajar.

Tambahnya, meskipun benar baki tinggal RM500, Saidah tidak berhak bercerita buruk mengenai dirinya kepada umum.

Malah, bekas tunangnya dikatakan menfitnah dirinya mempunyai sakit mental seperti bipolar disorder.

Mengenai persiapan kahwin pula, pelakon ini sudah meminta Saidah supaya bersabar tetapi Saidah tetap memaksa.

Muntazar berkata, dia sedang mengumpul duit untuk merealisasikan majlis perkahwinan yang dirancang besar-besaran oleh Saidah.

Pernah dimaki dan dipukul Saidah

Muntazar

Malah, majlis tunang juga dibuat grand melibatkan perbelanjaan yang besar termasuk pakaian, jurugambar dan sebagainya,

Merisik tu dia nak cincin Habib yang ada nama saya bernilai RM1,700, cincin tunang berharga RM790. Adakah itu tak ada duit?

Lebih mengejutkan, Muntazar mendakwa pernah dimaki dan dikasari oleh Saidah sehingga cermin matanya terpelanting.

Maki saya, pukul tampar sampai spek saya melambung. Ya Saidah awak buat macam tu dekat saya. Awak cakar saya Saidah.

Ketika itu, Muntazar tidak membuat laporan polis demi menjaga nama baik Saidah yang juga merupakan seorang aktres.

Tapi kini, dia enggan berdiam diri lagi selepas Saidah terlebih dahulu membuka aib dirinya kepada umum.

Pssttt! Tuan badan pun dah tampil dengan kenyataan balas, jadi dakwaan Muntazar tak berduit tu tak benar la kan?

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top