Dikritik Berisi, Amira Othman Pertahankan Fattah Amin – “Nanti Dia Tak Nak Makan…”

Dikritik Berisi, Amira Othman Pertahankan Fattah Amin – “Nanti Dia Tak Nak Makan…”

Perkongsian terkini penyanyi, Amira Othman meraih tumpuan ramai di media sosial yang berkongsi beberapa momen ketika menghadiri rumah terbuka sempena Aidilfitri.

Dalam hantaran itu juga turut kelihatan aktor, Fattah Amin yang segak berpakaian Baju Melayu serba lengkap dipadankan dengan samping serta songkok.

Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang mengkritik fizikal badan Fattah dikatakan sudah berisi daripada sebelumnya.

Tidak berdiam diri, pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu tampil mempertahankan Fattah mengatakan aktor itu berbadan sasa kerana bersenam.

Meninjau ke maklum balas kenyataan Amira itu, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang mengusik selebriti itu.

Scroll to Top