NSFC bangkit rantai KL City

NSFC bangkit rantai KL City

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Aksi panas antara Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) bukan sahaja menyaksikan drama kebangkitan kedua-dua pasukan, malah turut diwarnai insiden kad merah membabitkan pegawai pasukan tuan rumah dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Pertembungan penuh emosi itu berakhir dengan keputusan 2-2 selepas NSFC bangkit mengikat KL City pada penghujung permainan.

Suasana tegang jelas dirasai di tepi padang apabila dua pegawai KL City termasuk pengendalinya, Risto Vidakovic dilayangkan kad merah oleh pengadil susulan bantahan terhadap beberapa keputusan sepanjang perlawanan.

Di atas padang, pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Khuzaimi Piee pada minit ke-16.

Skuad The City Boys bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti yang disempurnakan, Victor Ruiz pada minit ke-25.

Tuan rumah kemudian berada di depan selepas penyerang import, Nicolao Dumitru meledak gol kedua pada minit ke-39 untuk meletakkan The City Boys mendahului 2-1.

Ketika KL City dilihat semakin hampir untuk membawa pulang tiga mata penuh, skuad Hobin Jang Hobin memperoleh sepakan penalti pada minit ke-81.

Pemain import pelawat, Aday Kharroub tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan berkenaan untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dalam aksi yang cukup dramatik itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top