DJ Sonic Bongkar Rahsia, Dedah Fazura Pernah Tolak Banyak Tawaran Jadi Duta Demi Anak

DJ Sonic Bongkar Rahsia, Dedah Fazura Pernah Tolak Banyak Tawaran Jadi Duta Demi Anak

Penyampai radio dan pengacara, DJ Sonic mendedahkan rakan selebritinya, pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, sebenarnya pernah menolak pelbagai tawaran untuk menjadi duta jenama meskipun permintaannya sangat tinggi.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Sonic atau nama sebenarnya Awang Suffian Awang Hussein berkata, keputusan yang dibuat Fazura itu bukan kerana ketiadaan rezeki, sebaliknya didorong prinsip hidup serta keutamaan terhadap anak tunggalnya, Nur Fatima Aisha dan perniagaan sendiri.

“Sebenarnya selepas Fazura lalui dugaan dalam hidupnya, bukan tak ada jenama yang inginkan Fazura. Banyak dan terlalu banyak!

“Fazura tolak sebab belum masanya untuk dia buka ruang itu. Dia nak fokus anak dan jenama sendiri. Ramai kutuk kata tak ada rezeki, tak ada jenama nak ambil duta, tapi saya bocorkan rahsia… banyak, terlalu banyak,” katanya.

Menurut Sonic, aktres filem popular Manisnya Cinta Di Cappadocia itu sentiasa berpegang kepada keyakinan dalam aturan Allah adalah yang terbaik, meskipun berdepan tanggapan negatif segelintir pihak.

“Cuma dia yakin percaturan Allah itu Maha Hebat. Fazura boleh saja terima, tapi dia ada prinsip yang hanya dia sendiri tahu,” ujarnya lagi.

Perkongsian itu sekali gus menjawab persoalan ramai apabila Fazura membuat kejutan dengan tampil secara eksklusif sebagai duta jenama pakaian terkenal, Jakel, bersama puterinya pada malam Khamis, sekali gus mencuri perhatian dan menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat.

@xtra_my

Jelitawan Nur Fazura & anaknya, Nur Fatima Aisya muncul sebagai kejutan eksklusif. Wow! 😍💥 #xtramy #xtratonton

♬ original sound – XTRA – XTRA

Artikel Berkaitan: Jawab Teka Teki Peminat, Nur Fazura & Fatima Tampil Sebagai ‘Kejutan Terakhir’ Eksklusif!

Artikel Berkaitan: Undur Diri Jayakan Drama TV, Nur Fazura Umum Bersara… Mahu Fokus Kepada Fatima

Artikel Berkaitan: “Banyak Buaya Tak Berguna Dah Dikorbankan, Sesuai Jadi Handbag” – Ciapan Spontan Fazura Undang Tawa Warganet

Scroll to Top