Djokovic, Medvedev langkah kanan di ATP Finals

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

London: Novak Djokovic memperagakan aksi cemerlang untuk memburu rekod kejuaraan keenam dalam kempen ATP Finals manakala Daniil Medvedev pula mengatasi bekas juara, Alexander Zverev.

Djokovic menewaskan pemain pilihan ke-8 dari Argentina, Diego Schwartzman 6-3, 6-2 pada aksi pembukaan perlawanan liga dalam kumpulan Tokyo 1970 manakala Medvedev menang dengan 6-3, 6-4.

Djokovic, yang mengesahkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia hujung tahun ini dengan merekodkan kedudukannya sebanyak enam kali kini akan berusaha untuk menyamai rekod Roger Federer yang mencatat enam kemenangan kejuaraan ATP Finals.

Bintang Serbia yang berumur 33 tahun itu menikmati musim yang cemerlang di sebalik penularan COVID-19 dengan memenangi empat kejuaraan termasuk Terbuka Australia.

Dalam perlawanan itu, dia tampil dalam perlawanan di O2 Arena dengan rekod kemenangan 5-0 menentang Schwartzman namun penampilan pemain Argentina itu bermula dengan menakjubkan apabila memberi tentangan sengit sebelum Djokovic bangkit mengatasi pemain itu.

Pemain pilihan utama itu mengakui dia bermula agak perlahan namun berkata dia berpuas hati dengan permainannya pada perlawanan itu.

“Saya sangat berpuas hati dengan corak permainan saya terutamanya dalam set kedua”, kata Djokovic yang mengakui betapa rindunys suasana kehadiran peminat yang sentiasa memenuhi ruang O2 Arena itu dalam setiap kali kejohanan diadakan.

Dalam pada itu, pertembungan melibatkan Medvedev dan Zverev pula ibarat perlawanan ulangan final Paris Masters minggu lalu apabila pertarungan itu dimenangi oleh pemain Rusia itu.

Sumber: HM

Akmal Hakim
Sports Desk