NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bergegas dibawa turun dari pentas semasa berucap di hadapan orang ramai dalam perhimpunan di Pennsylvania.
Lapor The Telegraph, tindakan pantas oleh beberapa Ejen Perkhidmatan Rahsia itu dibuat selepas bunyi tembakan kedengaran ketika pemimpin Parti Republik itu berucap.
Trump kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan berperisai dan dikejarkan ke pusat perubatan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.




