Dulu jadi ‘flower girl’, kini Maklong pula duduk tepi pelamin Ernie Zakri

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Pernikahan pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel pada Jumaat 26 Mac 2021 sememangnya memberi senyuman kepada para peminat.

Majlis yang berlangsung secara sederhana tapi meriah itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pengantin di Carpe_diem Serendah.

Gambar-gambar sepanjang majlis tersebut begitu menarik perhatian kerana kedua-duanya terlihat sangat sepadan.

Namun, satu gambar yang dikongsikan oleh pengacara majlis, Fedtri Yahya mencuri tumpuan warganet dan ada yang memuat naiknya kembali dengan menggunakan kapysen ‘from this, to this’.

Gambar Ernie sewaktu kecil menjadi flower girl ketika ibu saudaranya iaitu penyanyi terkenal, Ziana Zain melangsungkan perkahwinan dengan bekas suami telah menarik perhatian.

Pada saat ini, Ziana Zain pula yang duduk di tepi pelamin melihat anak buahnya telah bergelar isteri.

Perkongsian yang dibuat oleh Nik Farhan itu telah mendapat lebih daripada tujuh ribu tanda suka dan 2 ribu RT di laman Twitter. Kebanyakkan daripada mereka mengucapkan tahniah buat Ernie dan Syamel disamping memuji kecomelan penyanyi itu sewaktu kecil.

 

Untuk makluman, Ziana Zain merupakan sepupu kepada ibu Ernie, Rafiaah Mohamed dan penyanyi lagu Gundah itu memanggil Ziana sebagai Maklong mengikut pangkat dalam keluarga.

Sumber: Nik Farhan