“Dunia Memang Tak Adil” – Dah Penat Jaga Hati Orang, Abby Abadi Luah Rasa Kecewa

“Dunia Memang Tak Adil” – Dah Penat Jaga Hati Orang, Abby Abadi Luah Rasa Kecewa

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa terkilan apabila merasakan kebaikan yang dilakukan selama ini seakan tidak dihargai.

Menerusi perkongsian di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, dia kini memilih untuk lebih mengutamakan diri sendiri selepas terlalu lama berkorban demi orang lain.

“Selalu saya sibuk nak jaga hati orang, risaukan orang. Macam-macam saya buat nak mudahkan urusan orang. Tapi mulai hari ini, rasanya cukuplah.

“Orang sekarang, buat baik pun tak guna. Mengalah pun nampak macam kalah pula. Baiklah layan diri sendiri saja. Berpuluh tahun, sama saja tak ada beza. Dunia memang tak adil,” luahnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menitipkan kata semangat buat Abby agar memberi fokus kepada konsert reunion kumpulan Elite yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Scroll to Top