Emma Maembong Dan Suami Kongsi Gambar Putera Sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur: Setelah lebih seminggu melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Emma Maembong berkongsi berita gembira tentang kehadiran pelengkap kebahagiaan rumah tangganya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar.

Melalui posting Instagram, Muhammad Shazli berkongsi rakaman video pendek memaparkan foto dirinya, Emma dan putera tersayang. Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail memberitahu, dia melahirkan bayi sulungnya itu pada jam 2.38 pagi, 8 November lalu.

Emma berkongsi bahawa proses kelahirannya sangat mudah, walau bagaimanapun pasangan tersebut masih merahsiakan nama putera tersayang. Katanya lagi, suami akan berkongsi nama anak mereka pada masa akan datang

Baru-baru ini, Emma dan suami membuka akaun IG di bawah nama @eslovestory untuk berkongsi perjalanan kelahiran anak mereka.

DA1079/Malay News

Glamor Desk